Tuesday, 6 December 2011

Pendekatan & Kaedah Pengajaran


Berdasarkan contoh Rancangan Pelajaran Harian Mata Pelajaran Sains (RPH) , saya selaku guru sains bagi tahun 2 Valluvar telah menggalakkan murid-murid saya menyaksi dan mendengar lagu berserta gambar-gambar haiwan yang ditunjukkan melalui video klip. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil untuk menjayakan P&P saya sepanjang tempoh 30 minit tersebut .

  •   Langkah 1 : Murid – murid mendengar lagu   “Old Mcdonald had a farm” dalam video klip.

  •   Langkah 2 : Murid – murid memerhatikan beberapa nama haiwan dalam lagu tersebut.
           (Kefahaman)
  •   Langkah 3: Murid - murid mengambil maklumat atau data berdasarkan nama-nama binatang        (Aplikasi)    dan bunyinya dari paparan slide power point.

Sounds of animals
duck – quack quack
 cat – meow meow
cow – moo moo
sheep- baa baa


  •     Langkah 4: Murid-murid membanding dan membeza gambar-gambar binatang                       
              (Analisis)    berdasarkan bunyinya.


  •    Langkah 5 : Murid – murid berhubung kait / menyusun maklumat / membuat hipotesis
             (sintesis)         berdasarkan bunyi binatang dengan gambar binatang.

  •   Langkah 6 :  Murid-murid diberi latihan untuk menguji tahap hibotesis berdasarkan topik di beri.       (Penilaian )   





No comments:

Post a Comment